TELUR TAHAN LAMA
Jika anda membeli telur dalam kuantiti yang banyak dan mahu mengekalkannya daripada busuk, ikuti petua ini. Mulakan dengan membersihkan kesemua telur. Lapkan sehingga kering. Kemudian simpan telur dalam bekas yang berisi beras pulut. susunkan telur dengan meletakkan bahagian yang runcing di bawah. Nescaya telur tahan lama.
KACANG BENDI TETAP SEGAR
Bagi mengekalkan kesegaran kacang bendi, didihkan air dan masukkan sesudu kecil minyak masak. rebus kacang bendi tanpa memotong mana-mana bahagian untuk mengelakkan ia dari berlendir. Elak merebus dalam tempoh yang lama.
CILI KISAR TAHAN LAMA
cili kering yang telah dikisar boleh disimpan lebih lama di dalam peti sejuk. Namun untuk mengelakkan dari bercendawan, setelah cili dikisar, panaskan dengan memasukkan sedikit garam halus. Panaskan hingga kering airnya. Setelah sejuk, masukkan ke dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk.
HILANG HANYIR AYAM
Tumbuk halia hingga lumat dan perah sebiji limau nipis.Gaulkan bahan bersama ayam dan perap beberapa minit. Hasilnya hidangan ayam anda juga akan lebih enak.
No comments:
Post a Comment