ni merupakan first entry saya kat blog ni...so kalau ade ape2 kekurangan harap dimaafkan ya...
saja nk berkongsi dgn semua org tentang satu artikel ni..
SIKAP
Jangan berdukacita kerana hidup miskin, ini adalah kerana masih ramai orang disekeliling kita yang yang hidupnya diselubungi hutang.
Jangan berdukacita kerana tidak mempunyai kereta, kerna masih ramai orang diseliling kita yang kakinya kudung.
Jangan berdukacita kerana suatu penyakit, kerna masih ramai orang disekeling kita yang sudah bertahun-tahun tergolek lemas di atas tilam.
Jangan berdukacita kerana kehilangan anak, kerna kita bukan satu-satunya yang kehilangan anak.
Jangan berdukacita, jika anda seorang Islam yang beriman kepada Allah, para rasul-Nya, malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, hari kiamat dan qada serta qadar yang baik dan buruk, kerana masih ramai orang kafir mengingkari Allah, mendustakan rasul-rasulNya, memutarbalikkan makna Al-Quran dan tidak mempercayai hari kiamat serta ingkar terhadap qada dan qadar.
Jangan berdukacita kalau anda tidak sengaja sudah berbuat dosa, cepatlah bertaubat. Jika anda sudah melalkukan kejahatan, mintalah keampunan-Nya dan kalau anda telah melakukan satu kesalahan, perbaikilah kesalahan itu. Bagaimanapun, rahmat dan kasih sayang Allah itu tidak terhingga luasnya, pintu keampunan-Nya selalu terbuka dan keampunan-Nya sentiasa melimpah ruah.
Jangan bersusah hati sebab ia hanya akan menyebabkan saraf cepat letih, jiwa mudah tergoncang, hati menjadi lemah dan fikiran tidak terarah.
p/s: Sesungguhnya kita sebagai manusia biasa yang tidak pernah lari daripada diduga oleh Allah s.w.t...moga dgn artikel ini sedikit sebanyak dapat memberi kekuatan supaya kita dapat meneruskan kehidupan yang mendatang...
No comments:
Post a Comment