Pages

Saturday, 22 June 2013

perempuan yang baik..untuk lelaki yang baik...

bersediakah diri ini untuk melangkah ke fasa baru?

ya ALLAH...

berilah daku kekuatan dan keimanan yang kuat agar aku dapat menahan godaan syaitan...

betullah orang kata...

untuk berubah menjadi lebih baik bukan semudah yang kita sangka..

sebagai manusia biasa..

aku juga melaluinya..

malah untuk melupakan masa lalu dan berubah ke arah kebaikan juga tak mudah..

kadang-kadang terasa seperti diri ini terlalu lemah..

moga niat ku untuk berubah menjadi lebih baik dari sebelum ini dipermudahkan...

lindungilah aku daripada megulangi segala kesilapan dan dosa yang pernah aku lakukan sebelum ini..

ya ALLAH...

sesungguhnya hanya engkau yang MAHA MENGETAHUI...

aku berserah padaMU...

hanya KAU yang tahu apa yang terbaik buatku..

kurniakanlah aku pembimbing yang mampu membawa ku ke syurga...

AMIN....

with LOVE...

Tuesday, 18 June 2013

10 tanda hati mati

~Mati hati  tutup pintu kebaikan, dorong berlaku kemungkaran..~

10 tanda hati yang mati iaitu :


  • Mengaku kenal ALLAH S.W.T, tetapi tidak menunaikan hak-NYA
  • Mengaku cinta kepada Rasulullah SAW, tetapi mengabaikan sunnah baginda.
  • Membaca al-Quran tetapi tidak beramal dengan hukumnya.
  • Memakan nikmat ALLAH, tetapi tidak mensyukuri pemberian-NYA.
  • Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
  • Mengaku adanya nikmat Syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
  • Mengaku adanya sksa neraka, tetapi tidak berjuang untuk menjauhinya.
  • Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
  • Menyibukan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
  • Menghantar dan menguburkan jenazah saudara, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.
Ciri manusia yang hatinya sudah mati antara lain ilah kurang berinteraksi dengan kebaikan, kurang kasih sayang kepada orang lain, tidak menolong orang, suka kemungkaran, menurut hawa nafsu, lalai dengan kebajikan serta suka berbuat maksiat.

Ada tiga perkara apabila ditinggalkan akan menyebabkan hati mati.

PERTAMA- meninggalkan solat membuatkan jiwa kalut dan gelisah. Terjerumus ke dalam perbuatan keji dan hina, terseret ke lembah kemungkaran dan kesesatan.

KEDUA- meninggalkan sedekah bererti mementingkan diri dan enggan berbuat kebaikan. Mengambil berat mengenai hubungan sosial tanda bukti keimanan kita. Contohnya, orang suka bersedekah hatinya lapang dan tenteram serta jauhkan daripada penyakit bakhil.

KETIGA- tidak mengingati ALLAH dengan memperbanyakkan zikir boleh menyebabkan hati keras membatu sehingga tidak boleh menerima nasihat dan ajaran agama. Zikir akan memberi ketenangan hati. Orang tenang hatinya akan berkelakuan positif dan tidak mahu berbuat mungkar.



~With LOVE~


Thursday, 6 June 2013

israk dan mikraj

satu peristiwa sejarah ISLAM yang patut kita ingat dan jadikan ia sebagai teladan..

Secara bijaksana Allah memperlihatkan kekuasaan mutlak milik-Nya itu dengan awalan kalimat Subhanal-ladzii (Maha Suci Allah) iaitu dalam ayat surah al-Israk ayat 1 yang menjadi dalil naqli bagi mengesahkan kebenaran mengenai kejadian yang besar itu.
Firman Allah, Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat
Oleh kerana kedua-dua peristiwa iaitu Israk dan Mikraj itu sangat menakjubkan setiap umat Islam pasti menyebut subhanallah berulang kali kerana yakin dengan bentuk mukjizat yang Allah kurniakan kepada baginda SAW
Ia memerlukan satu bentuk keimanan yang sangat tinggi sehingga ada yang menyebutnya sebagai haqqul yaqin (keyakinan atas kemutlakan Allah Yang Maha Berkuasa) bagi sesiapa yang dapat mempercayai kedua-dua kejadian ini di saat ada yang mendakwa kononnya kisah Israk dan Mikraj adalah salah satu daripada kisah-kisah Israiliyyat atau hadis-hadis yang bersifat mauduk dan sebagainya.
Apatah lagi apabila disebutkan Rasulullah menaiki buraq, iaitu berasal dari perkataan barq bererti kilat. Jadi adakah kelajuan yang dicapai oleh buraq itu menyamai lajunya kilat? Iaitu sebahagian dari fenomena alam yang dari aspek sainsnya merupakan satu gelombang elektromagnet dengan kadar kelajuan maksimumnya adalah seperti kelajuan cahaya.
Jika kita membacanya di mana-mana pelbagai kisah diceritakan mengenai buraq. Malah terdapat juga gambaran-gambaran lukisan mengenainya.
Sama ada mempunyai sumber yang sahih mahupun tidak, tetapi buraq berasal daripada cahaya bagi membolehkan ia bergerak melebihi kepantasan cahaya. Iaitu 'sekelip mata' pantasnya.
Namun, kita percaya soal buraq ini seadanya tanpa perlu berlebih-lebihan kerana yang pasti tanpa menaiki kenderaan ini tidak mungkin baginda Rasulullah mampu melalui satu perjalanan yang jauh dan kembali semula ke Mekah dalam tempoh hanya sebahagian malam.
Ia berlaku pada malam 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah, tahun ke-11 Nabi Muhammad dilantik menjadi rasul.
Allah kurniakan kepada Nabi Muhamad akan kejadian yang begitu besar maknanya ini sebagai memujuk kembali hati Rasulullah yang begitu berduka ekoran pelbagai musibah berturut-turut menimpa baginda, iaitu:

  • Peristiwa diboikot dan dipulau oleh kaum kafir Quraisy selama tiga tahun yang menyebabkan seluruh kaum keluarga dan pengikut baginda teruk menderita.

  • Kehilangan dua insan tersayang, iaitu kewafatan bapa saudara baginda, Abu Talib bin Mutalib yang banyak melindungi baginda dari gangguan kaum kuffar Mekah dan disusuli kewafatan isteri kesayangan, Siti Khadijah yang terlalu banyak berkorban.

  • Apabila dakwah baginda ditolak mentah-mentah malah baginda diserang sehingga mengalami cedera ketika baginda mula untuk berdakwah di luar di lingkungan kota Mekah, iaitu apabila baginda pergi ke Taif.
Umat Islam yang tidak mempercayai peristiwa ini bukan berdasarkan kejahilan tetapi kerana sikap sombong mereka terhadap kemuliaan Al Quran.

with LOVE...