Pages

Sunday, 26 January 2014

Principle of Giving...

lama tak meluahkan isi hati ni...lin bz cz wt preparation tuk iv yang bakal menjelma...
tp...
disebabkan pg semalam lin ade tgk rancangan motovasi Dr.Azizan...
actually..nma Dr.Azizan ni memang dh lma famous tp lin tak pernah tgk lagi rancangan dia..
Allah nk bukak pintu hati lin kan utk dgr motivasi dia.
Tajuk motivasi pada pagi tu is "Prinsip Asas Memberi"..

Sepertimana yg kita ketahui, hidup di dunia ni hanya pinjaman-Nya.
 Salah satu sifat Allah s.w.t ialah MAHA PEMURAH..
Sesungguhnya setiap hari kita diberi nafas hasil dr pinjaman Illahi..
ALLAH bg kita nafas tu tanpa perlu kita bayar satu sen pun..
so sebagai hambaNya..kita perlulah berSYUKUR dgn segala nikmat yg ALLAH beri pada kita.
this is one of the basic principle..huhuhu..cmne ye nk describe dgn lebih dlm lg??
setiap pg bila kita jg dr tidur..kita haruslah bersyukur sebab masih diberi nafas utk terus berbakti dan membaiki segala kekhilafan yang telah kita buat.
Bila diingat balik kan, sebelum ni lin tak pernah pun terfikir yg setiap kali bgn tidur terbitkan rsa SYUKUR dlm diri..bukan bermaksud lin tak reti nak bersyukur..dah tentu2 la setiap kali kita dpt apa yg kita nak, doa kita dimakbulkan..impian kita tercapai..mestila lin rasa bersyukur sgt..cuma bila selalu dgr n baca psl rasa SYUKUR kerana masih diberi nafas utk bernafas dibumi ini setiap kali bgn dr tidur, barulah terdetik di hati lin,rupa2nya byk lg benda yg kita perlu bersyukur.
Kalau sebelum ni dok post kt fb la kata bersyukur sebab masih diberi nafas sehingga ke usia ini.betul tak? Jgn nak tipu kata tak pernah buat?hahhaha..tp pernah tak kita fikir nape kita tak panjatkan rsa syukur tu setiap hari??? think2....
Alhamdulillah..ALLAH bukak hati lin utk fikir diluar kotak.Sejak dari tu...lin selalu sgt bersyukur sebab masih diberi lg 1 hari utk lin membetulkan segala kekhilafan yang telah lin lakukan. Masih diberi peluang utk menambah pahala didunia ni..beramal ke jalan ALLAH...lin takut sgt andai lin tak sempat nk buat semua tu.
Jujur lin katakan yang sebelum ni tak terlintas difikiran lin..mungkin dulu lin hanyut dgn duniawi..mengejar cita2 dunia sampai lin leka pada akhirat..YA ALLAH..AMPUNKAN DAKU...



see this pic above...then we will know why BERSYUKUR is the one of the pinciple of giving..
SEMAKIN BANYAK KITA BERSYUKUR..SEMAKIN BANYAK KITA MENERIMA.
makanya..lagi byk kita bersyukur..lagi bykla ALLAH beri ganjarannya...

Prinsip yang kedua pula ialah SENYUM..
Iklan kt tv pun selalu kan kua pasal senyum..senyum itu SEDEKAH..
sedekah yang tak perlu kua satu sen pun..hehhehehe.. tp kan..kalau org kenal lin, org akan kata lin ni sombong sgt..susah nk tgk lin senyum..
maaf ya...buka sombong tp segan..lin tak biasa nk senyum pada org yg lin tak kenal..huhuhu..lps ni lin akan cuba senyum pada semua org ya..tp to my anak2 didik, sy tak blh nk senyum sgt dgn kamu semua..sebabnye ketegasan tu perlu ada cikit..hehhehe..luar p&p i can be your friend..hehhehe..tiba2 plak rindu kt my students...
Dengan memberi senyuman, org pun akan memberi senyuman pada kita. cthnye bila kita nak tanya sesuatu pada orang yg kita tak kenal, cuba kita bayangkan klu kita buat muka masam je..agak2 ade tak org nk bantu kita? for sure klu kita pun tak nak tlg org yg sombong..sebabnye lin pun klu org yg sombong nk mntk tlg dgn lin,lin nk tlg tu rsa berat je..tp klu org tu senyum je..hati kita pn rsa meronta2 nk tlg..hehhehe...
ok...after this...i have to smile alwiz... one more thing...
ORANG YG SENTIASA SENYUM TU SGT CANTIK DAN SEDAP MATA KITA MEMANDANG KAN??sejuk je ati...



ok...another principle is GIVE WHAT U WANT..
ha...bila bab ni..sure kita akan fikir, " apapasal aku nak bg kt org lain benda yang aku nak??" btl tak?
menurut kata Dr.Azizan tu..prinsipnya mudah je...beri pada org apa yang kita nak..
contohnya..kita nak dimurahkan rezeki dari segi kewangan, so apa salahnya kita sedekahkan cikit duit kita tu pada yang memerlukan..yg pasti beri pada org yang akan menggunakannya pada jalan kebaikan..barula pemberian itu lebih berkat...
and dah memang janji ALLAH pada org bersedekan..akan dimurahkan lagi rezekinya...

 "Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya. "(HR. Muslim).

Selain daripada bersedekah, kita jugak blh beri perlindungan kepada org2 yang memerlukan. Contohnya perlindungan pada golongan gelandangan, warga emas yang sebatang kara,,, dan banyak lagi..beri apa yang mampu kita beri.

Sebenarnya banyak lagi yang boleh kita beri, and sebagai bakal pendidik, InsyaALLAH..lin nak beri PENDIDIKAN yang secukupnya pada genarasi muda terutamanya pada anak2 didik lin kelak..tak salah kan kita kongsi ilmu yang kita ada..ALLAH s.w.t pun suruh kita kongsikan ilmu kita pada semua org.dan dengan menjadi seorg pendidik, lin rasa ia lebih mudah untuk lin kongsi ape yg lin ada selama ni..

hrmmm....nak tulis pe lg ye?huhuhu...mood tak berapa nk ok..

"BUAT TANPA TAPI, LAKUKAN TANPA HENTI"
 dalam kita nak memberi, kita mestila melakukannya tanpa TAPI dan jangan sesekali berhenti dipertengahan jalan. (remind myself)....

ok arelyn..this entry is my advice for myself....

with LOVE..

Thursday, 9 January 2014

my ANTHEM...

Coretan ni boleh dikatakan entry pertama lin dlm thn 2014 ni....

Actually lin nak share apa yang lin rasa setelah habis baca novel Anthem karya Hlovate..credit to Hlovate coz telah menghasilkan lagi satu karya yang sangat ohsemmm...

Lin tak nak story pasal novel Anthem tu tp lin nak story ape yang lin rasa...let's we treasure my feeling after read Anthem..

this is the novel...


Novel ni dah kua pertengahan tahun lepas..tapi disebabkan payah nak jumpa so baru sekarang lin dapat baca. Lin banyak baca sinopsis kat blog..ramai yang cakap cite ni bagus..so lin pun makin excited la coz dah banyak karya Hlovate yang menyentuh hati lin..

Ok...masa mula-mula baca..rasa macam cite ni tak jauh beza dengan contengan jalanan..misi yang sama iaitu mencari erti Islam yang sebenar. Macam mana kesukaran di permulaan Dash baru nak kenal how to be a real Muslim tu lin sendiri pun rasa macam diri lin berada kat situasi tu jugak..hahhaha..punya la feel habis baca novel ni..

Kesukaran Dash yang terpaksa sembunyikan tentang perubahan dia daripada family dia buat lin rasa bukan senang untuk kita jadi lebih better dari sebelumnya. sama jugak macam Dash yang pada asalnya tau baca Al-Quran tp disebabkan peredaran masa dan faktor sekeliling..lama-lama semua tu hilang. same goes to our life..memangla tak sama mcm dalam novel tu..tp kalau kita fikir the other side..penah tak kita tertinggal solat..and bila dah khatam al-Quran tu, ade tak kita still amalkan nye?setuju tak? Banyak lagi kalu kita fikir benda-benda asas sebagai orang Islam yang kadang-kadang kita ambil mudah sedangkan semua tu wajib.

Tergerak di hati Lin bila Dash yang jauh hanyut tu boleh terbuka hati untuk kembali kepada fitrah seorang Muslim dan kesukaran dia menyembunyikan perubahan dia daripada keluarga dia tu dapat lin rasai..huhuhu...
Keputusan dash untuk terus menetap di Malaysia dan berjauhan daripada family bagi memudahkan dia menjadi Muslim yang sebenar-benarnya wat lin respect..dan kadang-kadang ada betulnya. Bagi Lin ade baiknya juga bila kita berjauhan dari family yang tak berapa mempraktikkan kehidupan as a real Muslim coz sikit sebanyak ia mempengaruhi kita. Bukankah sahabat yang baik akan membawa kita ke arah kebaikan begitu juga sebaliknya..tapi kat sini lin bukan nak kata family yang tak baik akan membawa kita ke arah kejahatan..jangan fikir macam tu..ape2 pun buruk ke..baik ke..family tetap family..tak ade gantinya..INGAT tu...

Bagi orang yang berada dalam keadaan Dash tu memang ada baiknya dia berjauhan dengan family bagi memudahkan proses mengenal Islam. Soal hati ni ALLAH yang pegang..kalau ALLAH dah bukakan hati kita untuk terima hidayahnya..for sure kita akan memperolehnya. cuma yang berbeza cepat atau lambat dan cara hidayah tu diberi berbeza dan tak semestinya sama. 
So kat sini Lin amik iktibar yang andai Lin diberi peluang untuk membina keluarga lin sendiri, Lin nak pastikan didikan agama tu diberi sebaik-baiknya dan diamalkan dalam kehidupan harian supaya ianya sentiasa terjaga hinggalah anak-anak lin dewasa..huhuhu..berangan la pulak...

Sikap Dash yang tak pernah putus asa dalam mendalami Islam tu sangatla buat hati lin tersentuh..sedangkan Dash yang pernah hanyut pun berusaha untuk mengenali Islam, nape lin pun tak nak jadi macam dia? Of course i'll..bermula dengan ONE THING AT ONE TIME. YANG PENTING KITA USAHA..tak kan la nak berada ditakuk yang sama sampaila kita mati? betul tak? sedangkan masa kita kecik2 dulu mak and ayah kita dah bagi cukup didikan agama kat kita tp bila dah makin dewasa sikit2 kita tinggal. terlau fikir hal dunia sampai kadang-kadang kita ambil mudah hal akhirat..

"Melaksanakan kewajipan itu memang penting. Dan berusaha untuk melaksanakan kewajipan itu juga sama penting". contoh yang paling mudah kita nak ambil is kewajipan kita bersolat. All muslim know that perform a prayer is COMPULSORY. tapi cuba kita fikir..adakah kita melaksanakan kewajipan tu?? bagi lin tak semua orang perfect..kadan-kadang kita tertinggal solat...so tergerak dihati lin memang betulla kata-kata tu. contah yang paling mudah bagi lin la..kalau ade sesiapa yang terasa, lin minta maaf ya..semua orang buat silap..tu fakta yang kita kena terima..dan adalah bagus bila kita dah sedar kesilapan kita tu, kita perbaiki semula...back to FITRAH...

SEORANG MUSLIM TU HARUS PEGANG YANG DIA HARI INI IS BETTER DARIPADA SEMALAM..self motivation..hehehhehe...jangan jadikan masa lalu kita sebagai penghalang untuk kita jadi lebih baik dari sebelumnya...aja2 fighthing...

Yang penting..kita jangan mudah mengalah..jangan peduli apa orang kata asalkan kita tahu apa yang kita buat.WRONG IS WRONG EVEN IF EVERYONE IS DOING IT. AND RIGHT IS RIGHT EVEN IF YOU ARE THE ONLY ONE DOING IT.
selagi kita msih bernafas kat bumi ALLAH ni..selagi tu la peluang untuk jadi lebih baik itu terbuka untuk kita..moga perjalanan lin lepas ni akan dipermudahkan...

Dalam novel tu ade jugak sebut pasal mujahadah and dzatiyah..jom kita refleks ape itu mujahadah...

Mujahadah ialah salah satu istilah yang sering kita jumpa dalam pengajian ilmu tasawwuf atau akhlak. Perkataan “mujahadah” berasal daripada perkataan“jihad”, yang bererti usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencapai kebaikan yang diredai Allah.

Ia juga membawa pengertian penentangan (perlawanan) terhadap anasir-anasir yang hendak merosakkan negara dan lain-lain seperti hawa nafsu, diktator, kezaliman dan sebagainya.

Dalam ilmu tasawwuf, mujahadah lebih menitikberatkan kepada usaha melawan hawa nafsu secara bersungguh-sungguh untuk mencapai reda Allah. Orang yang bermujahadah dipanggil mujahid (bukan mu jahat).



Apa pula yang dimaksudkan dengan Dzatiyah...

Tarbiyah Dzatiyah ini bermaksud 'pendidikan kendiri'. Maksudnya kita mampu untuk mentarbiyah diri sendiri tanpa mengharapkan bantuan dan dorongan dari ibu, ayah, ustaz, ustazah, naqib, naqibah, kaunselor mahupun teman seperjuangan.Definisi yang lebih mantap dan jelas menerangkan Tarbiyah Dzatiyah adalah suatu  cara-cara atau/dan jalan-jalan tarbiyah (pembinaan) yang diberikan oleh orang Islam kepada dirinya untuk membentuk peribadi Islami yang sempurna di seluruh aspek ilmiah, iman , akhlak, sosial dan sebagainya. Dan juga menaikkan tingkatan kesempurnaan sebagai seorang manusia.

so dalam kita mengejar untuk jadi lebih baik...kita mestilah bermuhajadah dan dzatiyah diri kita...untuk tu..kita mestilah sentiasa istiqamah...yang penting kita usaha..rite??

wah...tak sangka lin pun dapat belajar benda baru dalam entry ni...syukur pada ALLAH S.W.T...


Let's share some words from this novel which can motivate us..

" If you feel ignorant and stupid, then find a way to learn. Don't curse those who are calling you ignorant and stupid. Find ways to prove them wrong. That, is satisfaction. Much more satisfying than cursing then all the way to hell back."

" We act on what we believe in. We're the ones who decide on what we want to be. We're the one making choices."

"Jangan pernah judge masa lampau orang lain. Mana mungkin kita tahu jika masa lampaunya tu adalah masa depan kita."

" Jangan pernah merasa kita mulia jika baju kita putih dan tak pernah bercemar noda, kalau tak pernah kita hulur tangan kepada mereka yang bergelumang lumpur dan kotor."

"Jangan rasa bagus dengan hanya menggeleng kepala dan bising pada yang salah dan pincang, jika tak pernah kita singsing lengan untuk membetul dan membantu."

" Jangan menyalahkan mereka yang larut hanyut, jika tak pernah nak cuba tarik mereka yang lemas dan tenggelam. Apatah lagi nak mengajarkan mereka berenang atau meminjamkan pelampung."

"Moga hari ini, esok dan akan datang adalah yang baik-baik je sampai ke penghujung nyawa. Moga walau hari ini adalah hitam, kelabu dan kelam tapi esok masih punya harapan untuk jadi pelangi seribu warna. MINTA DENGAN DOA."

With LOVE....



Wednesday, 1 January 2014

salam 2014...

sekejap je masa berlalu..
berakhir sudah 2013..
rasa macam semalam je..
pe2 pun..moga 2014 ini akan membawa rahmat n keberkatan pada kita semua..
moga dipermudahkan segala urusan samada urusan dunia dan akhirat..

bila dikenang balik segala kenangan 2013..
macam2 dugaan yg lin lalui..
ade sedih dan gembira..
walau ape pun yg berlaku..
janji ALLAH itu pasti..
setiap dugaan Nya pasti ade hikmahnya..
dan saat bahagia itu akan muncul juga bila tiba masanya..banyak sebenarnye yang lin belajar sepanjang tahun ni even dah tak bergelar pelajar..
belajar tentang erti hidup...
belajar mencari redha ALLAH..
sungguh..perjalanan yg dilalui tak semudah yang disangka..

lin igt lagi ade satu ayat dalam novel Hlovate yang maksudnye memangla tak semua orang yang tak pakai tudung tu jahat..dan tak semua orang yang pakai tudung tu baik..tapi kalau dah tertulis sebagai seorang ISLAM,kita wajib menutup aurat..kenapa masih nak pertikaikan lagi isu tu?? antara salah satu kata-kata yang telah membuka minda lin untuk mencari jalan pulang..
dunia remaja kadang2 membuatkan kita alpa pada tanggungjawab kita yang sebenarnya..and..lin bersyukur sebab ALLAH s.w.t beri kesempatan pada lin untuk lin perbaiki balik apa yang pernah lin lakukan sebelum ni.tampal balik lubang2 yang dah rosak..

setahun menjadi penganggur telah banyak mengajar lin menjadi insan..kembali kepada fitrah..
sakitnye hanya ALLAH yang tahu..
kadang2 perjalanan itu mudah..tp ditengahnya pula muncul rintangan dan halangan yang tak diduga..
bukan mudah untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.
ada ketikanya lin rasa down...nape lin kena lalui semua ni??? bila tgk life org lain smooth je..tp when back to the fitrah..lin muhasabah diri semula..jangan bandingkan diri dengan org lain.
setiap orang ada dugaan masing2..dan bersyukurlah kerna ALLAH masih sayangkan lin sebab DIA selalu duga lin..supaya lin tak pernah lupa pada DIA..dan tak akan berhenti berharap pada DIA...

moga kehidupan lin lepas ni dipermudahkan...
masih banyak lagi yang lin nk capai dan belajar..
iman pun tak kuat lagi..
ya ALLAH..moga Kau beri kesempatan pada diri ini untuk menjadi hambaMU yang lebih baik dalam mencari redha dan syurga Mu...tetapkanla keimanan ini agar mampu menangkis sebarang godaan syaitan..

" Everybody has a past. Everybody lives a present. And everybody deserve a future".
Mati itu pasti..Hidup InsyaALLAH..




with Love....