Coretan ni boleh dikatakan entry pertama lin dlm thn 2014 ni....
Actually lin nak share apa yang lin rasa setelah habis baca novel Anthem karya Hlovate..credit to Hlovate coz telah menghasilkan lagi satu karya yang sangat ohsemmm...
Lin tak nak story pasal novel Anthem tu tp lin nak story ape yang lin rasa...let's we treasure my feeling after read Anthem..
![]() |
| this is the novel... |
Novel ni dah kua pertengahan tahun lepas..tapi disebabkan payah nak jumpa so baru sekarang lin dapat baca. Lin banyak baca sinopsis kat blog..ramai yang cakap cite ni bagus..so lin pun makin excited la coz dah banyak karya Hlovate yang menyentuh hati lin..
Ok...masa mula-mula baca..rasa macam cite ni tak jauh beza dengan contengan jalanan..misi yang sama iaitu mencari erti Islam yang sebenar. Macam mana kesukaran di permulaan Dash baru nak kenal how to be a real Muslim tu lin sendiri pun rasa macam diri lin berada kat situasi tu jugak..hahhaha..punya la feel habis baca novel ni..
Kesukaran Dash yang terpaksa sembunyikan tentang perubahan dia daripada family dia buat lin rasa bukan senang untuk kita jadi lebih better dari sebelumnya. sama jugak macam Dash yang pada asalnya tau baca Al-Quran tp disebabkan peredaran masa dan faktor sekeliling..lama-lama semua tu hilang. same goes to our life..memangla tak sama mcm dalam novel tu..tp kalau kita fikir the other side..penah tak kita tertinggal solat..and bila dah khatam al-Quran tu, ade tak kita still amalkan nye?setuju tak? Banyak lagi kalu kita fikir benda-benda asas sebagai orang Islam yang kadang-kadang kita ambil mudah sedangkan semua tu wajib.
Tergerak di hati Lin bila Dash yang jauh hanyut tu boleh terbuka hati untuk kembali kepada fitrah seorang Muslim dan kesukaran dia menyembunyikan perubahan dia daripada keluarga dia tu dapat lin rasai..huhuhu...
Keputusan dash untuk terus menetap di Malaysia dan berjauhan daripada family bagi memudahkan dia menjadi Muslim yang sebenar-benarnya wat lin respect..dan kadang-kadang ada betulnya. Bagi Lin ade baiknya juga bila kita berjauhan dari family yang tak berapa mempraktikkan kehidupan as a real Muslim coz sikit sebanyak ia mempengaruhi kita. Bukankah sahabat yang baik akan membawa kita ke arah kebaikan begitu juga sebaliknya..tapi kat sini lin bukan nak kata family yang tak baik akan membawa kita ke arah kejahatan..jangan fikir macam tu..ape2 pun buruk ke..baik ke..family tetap family..tak ade gantinya..INGAT tu...
Bagi orang yang berada dalam keadaan Dash tu memang ada baiknya dia berjauhan dengan family bagi memudahkan proses mengenal Islam. Soal hati ni ALLAH yang pegang..kalau ALLAH dah bukakan hati kita untuk terima hidayahnya..for sure kita akan memperolehnya. cuma yang berbeza cepat atau lambat dan cara hidayah tu diberi berbeza dan tak semestinya sama.
So kat sini Lin amik iktibar yang andai Lin diberi peluang untuk membina keluarga lin sendiri, Lin nak pastikan didikan agama tu diberi sebaik-baiknya dan diamalkan dalam kehidupan harian supaya ianya sentiasa terjaga hinggalah anak-anak lin dewasa..huhuhu..berangan la pulak...
Sikap Dash yang tak pernah putus asa dalam mendalami Islam tu sangatla buat hati lin tersentuh..sedangkan Dash yang pernah hanyut pun berusaha untuk mengenali Islam, nape lin pun tak nak jadi macam dia? Of course i'll..bermula dengan ONE THING AT ONE TIME. YANG PENTING KITA USAHA..tak kan la nak berada ditakuk yang sama sampaila kita mati? betul tak? sedangkan masa kita kecik2 dulu mak and ayah kita dah bagi cukup didikan agama kat kita tp bila dah makin dewasa sikit2 kita tinggal. terlau fikir hal dunia sampai kadang-kadang kita ambil mudah hal akhirat..
"Melaksanakan kewajipan itu memang penting. Dan berusaha untuk melaksanakan kewajipan itu juga sama penting". contoh yang paling mudah kita nak ambil is kewajipan kita bersolat. All muslim know that perform a prayer is COMPULSORY. tapi cuba kita fikir..adakah kita melaksanakan kewajipan tu?? bagi lin tak semua orang perfect..kadan-kadang kita tertinggal solat...so tergerak dihati lin memang betulla kata-kata tu. contah yang paling mudah bagi lin la..kalau ade sesiapa yang terasa, lin minta maaf ya..semua orang buat silap..tu fakta yang kita kena terima..dan adalah bagus bila kita dah sedar kesilapan kita tu, kita perbaiki semula...back to FITRAH...
SEORANG MUSLIM TU HARUS PEGANG YANG DIA HARI INI IS BETTER DARIPADA SEMALAM..self motivation..hehehhehe...jangan jadikan masa lalu kita sebagai penghalang untuk kita jadi lebih baik dari sebelumnya...aja2 fighthing...
Yang penting..kita jangan mudah mengalah..jangan peduli apa orang kata asalkan kita tahu apa yang kita buat.WRONG IS WRONG EVEN IF EVERYONE IS DOING IT. AND RIGHT IS RIGHT EVEN IF YOU ARE THE ONLY ONE DOING IT.
selagi kita msih bernafas kat bumi ALLAH ni..selagi tu la peluang untuk jadi lebih baik itu terbuka untuk kita..moga perjalanan lin lepas ni akan dipermudahkan...
Dalam novel tu ade jugak sebut pasal mujahadah and dzatiyah..jom kita refleks ape itu mujahadah...
Mujahadah ialah salah satu istilah yang sering kita jumpa dalam pengajian ilmu tasawwuf atau akhlak. Perkataan “mujahadah” berasal daripada perkataan“jihad”, yang bererti usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencapai kebaikan yang diredai Allah.
Ia juga membawa pengertian penentangan (perlawanan) terhadap anasir-anasir yang hendak merosakkan negara dan lain-lain seperti hawa nafsu, diktator, kezaliman dan sebagainya.
Dalam ilmu tasawwuf, mujahadah lebih menitikberatkan kepada usaha melawan hawa nafsu secara bersungguh-sungguh untuk mencapai reda Allah. Orang yang bermujahadah dipanggil mujahid (bukan mu jahat).
Apa pula yang dimaksudkan dengan Dzatiyah...
Tarbiyah Dzatiyah ini bermaksud 'pendidikan kendiri'. Maksudnya kita mampu untuk mentarbiyah diri sendiri tanpa mengharapkan bantuan dan dorongan dari ibu, ayah, ustaz, ustazah, naqib, naqibah, kaunselor mahupun teman seperjuangan.Definisi yang lebih mantap dan jelas menerangkan Tarbiyah Dzatiyah adalah suatu cara-cara atau/dan jalan-jalan tarbiyah (pembinaan) yang diberikan oleh orang Islam kepada dirinya untuk membentuk peribadi Islami yang sempurna di seluruh aspek ilmiah, iman , akhlak, sosial dan sebagainya. Dan juga menaikkan tingkatan kesempurnaan sebagai seorang manusia.
wah...tak sangka lin pun dapat belajar benda baru dalam entry ni...syukur pada ALLAH S.W.T...
Let's share some words from this novel which can motivate us..
" If you feel ignorant and stupid, then find a way to learn. Don't curse those who are calling you ignorant and stupid. Find ways to prove them wrong. That, is satisfaction. Much more satisfying than cursing then all the way to hell back."
" We act on what we believe in. We're the ones who decide on what we want to be. We're the one making choices."
"Jangan pernah judge masa lampau orang lain. Mana mungkin kita tahu jika masa lampaunya tu adalah masa depan kita."
" Jangan pernah merasa kita mulia jika baju kita putih dan tak pernah bercemar noda, kalau tak pernah kita hulur tangan kepada mereka yang bergelumang lumpur dan kotor."
"Jangan rasa bagus dengan hanya menggeleng kepala dan bising pada yang salah dan pincang, jika tak pernah kita singsing lengan untuk membetul dan membantu."
" Jangan menyalahkan mereka yang larut hanyut, jika tak pernah nak cuba tarik mereka yang lemas dan tenggelam. Apatah lagi nak mengajarkan mereka berenang atau meminjamkan pelampung."
"Moga hari ini, esok dan akan datang adalah yang baik-baik je sampai ke penghujung nyawa. Moga walau hari ini adalah hitam, kelabu dan kelam tapi esok masih punya harapan untuk jadi pelangi seribu warna. MINTA DENGAN DOA."
With LOVE....



No comments:
Post a Comment