29 Mei 2014...
Hari yang dinanti tiba juga...seminggu sebelum tarikh ni, memang dah menjadi isu HOT kt fb pasal bila keputusan iv akan keluar..macam2 khabar angin dah dikeluarkan..ada yang baik and ada jugak yg menyedihkan...
sebagai seorang yang masih menanti bila tarikh keputusan akan keluar, lin pun turut terasa tempiasnye..
tekanan tu memang terasa tp disebabkan dah setahun lebih menanti..kesabaran tu dah berada pada tahap yang stabil..so dah boleh kawal emosi..huhuhu..syukur atas setiap dugaan yang diberi..mengajar kita erti sabar yang tersangatla indah..
kalau nak dimbas kembali..rasa tak nak kenang lg dah semua tu..rasanya orang2 sekeliling pun dah penat kot tengok lin tak kerja-kerja lg. lin pun dah penat nak jawab soalan org.." bila keje?".." tak tau lagi ke bila dapat mengajar?"..hrmmm...
my answer is only.." tak tahu la.." sebenanrnye kalau ikut hati, nak je jawab panjang lebar...
" mak cik tahu tak ajal, maut, rezeki and jodoh tu kerja ALLAH..manala saya ni nak tau bila sy nak kerja..bukan saya tak usaha, masalahnya ijazah sy ni tak laku kalau sy nk mintak keje bank ke..keje doktor ke..jurutera ke...kalaula saya bolah jadi apa saja dengan kelayakan sy ada ni, dah lama dah saya keje lain..".
sampai tahap lin tak nak jawab cal dari sesiapa saja yang lin tau pasti akan tanya lin bl lin nk keje.so disebabkan lin dah penat nk jawab soalan sama, lin decide better lin tak jawab cal..rasa bersalah tu memang ada..tapi hati lin yang sakit sapa yang nak jaga and faham?
By the way..setelah melalui pelbagai dugaan and telinga ni pun dah lali dengan soalan orang sekeliling, akhirnya..hari yang dinanti tiba juga..
SYUKUR..SYUKUR..SYUKUR YA ALLAH..ALHAMDULILLAH...lin lulus interview tu..memang tak sangka..coz lin masih ingat lagi suasana masa dalam bilik interview tu..mungkin ni la hikmahnya..masa tu memang down je..dekat seminggu jugakla terasa down..then lin muhasabah diri semula..
lin pujuk diri lin sendiri..yakin pada ALLAH..lps ni semuanya terletak pada takdir ALLAH..lin hanya mampu derdoa dan terus berdoa..and tawakal..tu je yang mampu lin buat..sebab masa tak kan boleh kita putar balik. And today..lin mampu berkongsi segala rasa yang lin dah lalui dalam tempoh ni. Disebabkan terlalu banyak khabar angin and lin tak nak terlalu mengharap, so lin serah semuanya pada ketentuan ILAHI..dalam semua orang sibuk menanti bila keputusan akan keluar, lin tak pernah berhenti berdoa mengharapkan lin akan LULUS..
Akhirnya..hari tu tiba..petang khamis lin terima cal dari kawan a.k.a jiran lin..dia cakap result dah kua..dia soh lin cek coz course dia semua dapat calon simpanan..ya ALLAH..bila dengar macam tu, seram sejuk je lin rasa..perkara pertama yang terlintas kt fikiran ni, "aku lulus ke?".. masa nak cek tu..nak key in ic no pun seram sejuk je rasa..huhu..jantung berdebar2...dalam hati tak berhenti2 berdoa mengharapkan lin lulus..
Bila dah key in..maka..keluarlah result yang dinanti.."eh..betul ke ni? kalau betul..YA ALLAH..syukur tak terhingga.. ". masa nak cek berdebar..bila dah keluar result nye..macam tak percaya plak..baca 2 tiga kali.."betul ke ape yang aku baca ni". Tak percaya punya pasal..refresh semula.then key in skali lagi.."eh betul la..aku LULUS..ALHAMDULILLAH". masa tu barula berani cakap dengan mak yang lin dah lulus...hehehehe..perasaan nye hanya ALLAH je yang tahu..macam2 rasa..rasa bersyukur tu sudah semestinya. rasa lega bila dah tak perlu lagi nak jawab soalan yang tak de jawapannya. rasa lega nak balik kg raya ni coz sebelum ni memang lin tak de hati nak balik kg raya tahun ni. coz lin tak nak jumpa saudara2 lin yang pasti akan tanya bila posting? nape lama sangat tak posting? tak cari keje lain ke? Plan lin sebelum ni, kalau terpaksa jugak raya kt kg,lin tak nak jumpa sesiapa and tak nak pegi beraya rumah sape2 pun coz nak elak dari ditanya soalan2 mcm tu..mulut orang memang kita tak boleh nak tutup..and hanya mereka yang senasib je yang faham ape yang kita rasa..
tadaaa.....ni la result yang lin baca banyak kali sebab antara percaya dan tidak.
ALHAMDULILLAH..
Moral of the story...apa yang lin lalui selama tempoh ni, we should NEVER AND EVER GIVE UP..jangan pernah berhenti berharap dan berdoa pada ALLAH S.W.T kerna Dia sentiasa ada disisi kita. Yakinla pada ALLAH dan setiap ujian yang ALLAH beri pada kita, pasti ada hikmahnya..dan pasti ada jalan keluar bagi setiap kesulitan yang ALLAH turunkan pada hambanya. Apa yang penting, kita jangan berhenti berdoa dan SABAR..SABAR TU INDAH..SABAR TU SEPARUH DARI IMAN..SABAR TU ISLAM...the key word yang lin pegang setiap kali lin diduga dengan pelbagai dugaan. Once bila kita dah keluar dari kesulitan tu, and dapat hikmahnya..perasaannya sanga indah..ibarat menanti satu taman bunga yang kita usahakan bermula dari tanah yang gersang dan berakhir dengan sebuah taman yang sangat indah dan mendamaikan..that how i feel setelah menanti selama 1 tahun 5 bulan. Banyak yang lin belajar dalam tempoh ni..TERIMA KASIH ALLAH kerna telah beri kesempatan pada diri ini untuk mencari sesuatu yang hilang sepanjang tempoh ni.moga lin sentiasa berada dalam istiqamah dalam mencari redhaNYA..
Lepas ni, step yang berikutnya, tunggu penempatan pulak. Tak tau la mana lin ditempatkan. yang penting moga kehadiran lin sebagai pendidik baru diterima baik oleh semua warga sekolah yang bakal lin curahkan bakti lin..moga ALLAH sentiasa memberkati setiap langkah dan perjuangan diri ini..amin..amin ya Rabb...
.jpg)
with LOVE....





No comments:
Post a Comment