Antara Hadis yang
menjelaskan kelebihan Bulan Rejab
1. Sabda Nabi S.A.W: hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah muliakan
kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2. Sabda Nabi S.A.W: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan
Ramadhan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, Syaaban dengan malam Nisfunya,
dan Ramadhan dengan Lailatul -Qadarnya.
4. Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi ( Firdaus) . Puasa
dua hari dilipatgandakan pahalanya.
5. Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang yang menghalang
dia ke neraka ( panjangnya setahun perjalanan).
6. Malam awal Rejab mustajab doanya ( adalam Kitab Raudhoh Imam Nawawi).
7. Puasa empat hari pada bulan Rejab diafi'atkan daripada bala dan daripada
penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal di hari Qiamat.
8. Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa enam hari
pada bulan Rejab keluar daripada kubur bercahaya mukanya.
9. puasa tujuh hari pada bulan Rejab ditutup daripadanya tujuh pintu neraka.
10. Puasa lapan hari pada bulan Rejab dibuka lapan pintu syurga.
11. Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu
menyeru:
tidak ditolak dia masuk ke syurga.
12.Puasa sepuluh hari pada bulan Rejab Allah jadikan bagi hamparan perhentian di
titi sirotolmustaqim pada tiap-tiap batu.
13.Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam
Syurga, dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
14. Puasa sembilan belas hari pada bulan Rejab dibina baginya sebuah mahligai di
hadapan Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
15. Puasa dua puluh hari pada bulanRejab diampunkan segala dosanya yang telah lalu.
16. Berkata Saidina Ali:
- Puasa Rejab 13
hari seperti puasa tiga ribu tahun.
- Puasa Rejab 14
hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
- Puasa Rejab
15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.
17. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala
qalam.
18. puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari
syurga.
19.
puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat
diatas titi Sirotolmustaqim di hari kiamat.
20. puasa sahari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya
Berseru dari langit :
Gembiralah kamu
dengan kemuliaan yang besar :
dan diminumkan
dia ketika hendak mati. Mati dengan
puasa,masuk kubur dengan puasa,
keluar kubur dengan puasa, dan masuk syurga dengan puasa
(Al-Hadis), lepas dari azab kubur (Al-Hadis) - (berpuasa
pada siang hari dan beribadat pada
malamnya
21. Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), dimapunkan dosa orang-orang yang meminta
ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa bulan Rejab wajib baginya :
- Diampunkan dosanya
yang lalu.
- Dipeliharakan
umurnya yang tinggal.
- Terlepas dari
dahaga di hari qiamat.
22. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya, seperti puasa sebulan
pahalanya.
23. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap
hari sekurang-kurangnya sebiji roti.
24.Siapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar,
dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat
seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.
25. Tiap hari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan rejab seperti
ibadat seribu haji dan umrah. Dibina seribu mahligai, seribu bilik dan seribu
bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali, kerana keistimewaan bulun
Rejab, bulan Allah.
26. Bersedekah pada bulun Rejab dijauhkan Allh daripada api neraka, kerana
kemuliaan bulan Rejab.
27. Allah jadikan dibelakang bukit Jabar Qaf bumi yang putih yang penuh dengan
malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh
mereka kepada umat Muhammad. Allah menjawab : Telah aku ampunkan mereka!
28. Barang siapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali
atau 100 kali, pada bulan Rejab diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
29. Sesiapa berpuasa pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya : " Telah wajib
hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu,
tiada aku tolakan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah ArasyKu, engkau
kekasihKu dari segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu,
tiada dinding antaraKu dan antara engkau". ( Dari Kitab RaudhatulIfkar).
30. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa 60 bulan pahalanya. Jika disertai
dengan sedekah seperti puasa 1000 tahun. Kerana kebesaran hari Israk Mikraj.
31.Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kepicikan orang mukmin pada bulan rejab
dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar didalam Syurga Firdaus.
32. Siap berbuasa 3 hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)
seperti dia berpuasa 3000 tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar
tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasad, 70
hajatnya didalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran
dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di mizan, 70 hajat
ketika berlalu di titi Siratol mustaqim.
33. Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana keagungan, kebesaran dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan
rahmatNya, kemurahanNya dan kebajikanNya terhadap hamba-hambaNya yang beriman
dab beramal soleh pada bulan Rejab dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat
pada malamnya. Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang
dinamakan sengan (bulan Allah).
Rejab bulan menabur
benih
Syaaban bulan menyiram
tanaman
Ramadhan bulan menuai
Rejab menyucikan badannya
Syaaban menyucikan
hatinya.
Ramadhan menyucikan rohnya
Rejab bulan maghfirah
( keampunan)
Syaaban bulan Syafaat.
Ramadhan bulan
menggandakan kebajikan.
Rejab bulan taubat
Syaaban bulan Muhibbah
Ramadhan dilimpahi amalan
seperti hujan mencurah banyakknya.
Rejab diganda 70 pahala
Syaaban diganda 700
pahala
Ramadhan diganda 1000
pahala atau lebih
with love....
No comments:
Post a Comment