Pages

Monday, 4 November 2013

Salam Maalhijrah 1435

Salam Maalhijrah 1435hijrah pada semua umat ISLAM...
moga hijrah kali ini dapat menjadikan kita lebih baik dari sebelum ini..

Muharram merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Hijrah Rasulallah dari Mekah ke Yathrib kiraan bulan dibuat mengikut tahun masihi. Hijrah Rasulullah telah memberi kesan besar kepada Islam samada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Antara amalan sunat yang boleh kita lakukan sepanjang bulan Muharram ni ialah:


  • Berpuasa.
    Maksud Hadis: barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharram pahalanya seumpama berpusasa 30 tahun. Maksud Hadis:Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharram iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  •  Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  •  Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak 3X
  • Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X
14 perkara yang disunatkan pada hari Asyura (10 muharram)
  • Melapangkan masa / belanja anak isteri
    fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  • Memuliakan fakir miskin
    fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
  • Menahan marah
    fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan  yang redha
  • Menunjukkan orang sesat
    fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya
  • Menyapu / mengusap kepala anak yatim
    fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
  • Bersedekah
    fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  • Memelihara kehormatan diri
    fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya  keimanan.
  • Mandi Sunat
    fadhilat – Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
    lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
  • Bercelak
    fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu
  • Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
    fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti
  • Sembahyang sunat empat rakaat
    fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
    lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
  • Membaca
    “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”
    fadhilat – Tidak mati pada tahun ini
  • Menjamu orang berbuka puasa
    fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  • Puasa
    Niat – Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah  Taala.
    fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu
    kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Sekurang-kurangnya berpuasalah pada sepuluh Muharram. Lagi bagus kalau bolehpuasa sunat 9 dan 10 Muharam.